Folo This Blog

Halaman

Isnin, 15 Ogos 2011

Menarik!Honda Insight dikurangkan cukai.Kini lebih Murah!

Honda Insight Tempoh menunggu Honda Insight kini kurang dari sebulan
Honda Malaysia telah mengumumkan tempoh menunggu penghantaran model hibrid Honda Insight kepada pelanggannya kini telah dipercepatkan iaitu kurang dari sebulan, menurut kenyataan yang dikeluarkan. Tempoh menunggu sebelum ini menjangkau dari dua hingga ke tiga bulan. Tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada April yang lalu telah memberi kesan terhadap bekalan dan pengeluaran kenderaan Honda, sehingga menjejaskan penghantaran model Insight yang diimport sepenuhnya ke pasaran Malaysia.
Honda CR Z front Tempoh menunggu Honda Insight kini kurang dari sebulan
Menurut Honda Malaysia, pengeluaran dari kilang Honda di Jepun telah pulih sepenuhnya dan urusan perniagaan kembali berjalan seperti biasa. Honda Insight yang dilancarkan sejak Disember tahun lepas telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat Malaysia. Berdasarkan statistik sejak enam bulan dari tarikh pelancarannya, Honda Malaysia telah berjaya menjual lebih 3,000 unit model itu. Ini menunjukkan minat rakyat Malaysia terhadap jentera dengan teknologi hibrid adalah tinggi, tambahan pula harga jualannya sebanyak RM99,800.00 kesan pengurangan cukai telah menjadikannya mampu bersaing dengan model lain di pasaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

script>