Folo This Blog

Halaman

Rabu, 17 Ogos 2011

Anak Chef Wan(Riz) Buat pengakuan Untuk Melamar Ana Dahlia

BAHASA tubuh jelas mmg Admin da agak bahawa ada cinta sedang berkembang mekar di hati mereka. Namun, Mohd Nadzri Redzuawan (Chef Riz), 30, dan bintang filem Mantera, Ana Dahlia, 28, memilih untuk membataskan pengakuan serta tidak mendedahkan rahsia hati secara terbuka demi menjaga susila orang Melayu selain maruah keluarga.
Pengakuan Chef Riz;
“Saya ikhlas berkawan dengan Ana dan merancang untuk membawa hubungan ini ke peringkat yang lebih serius dengan mengikat tali pertunangan.

“Kami berdua pernah berbincang mengenainya. Namun, bilakah ia akan terlaksana, itu belum diputuskan lagi kerana masih dalam peringkat perbincangan,”
Tewas pada kesantunan dan sifat kewanitaan Ana, Riz mengakui mengenali Ana melalui adiknya, Serina. Katanya, Serina memang selalu membawa teman ke restorannya, On The Table dan syarikat Culinary Brilliance Sdn. Bhd di Solaris, Damansara untuk mencuba makanan di sana.

Nak dijadikan cerita, Ana tidak makan ayam sedangkan Riz menghidangkan ayam buatnya dan Serina. Gara-gara pelik tidak makan ayam menjadi sumber perbualan mereka.

Peringkat awal berkenalan, kami cuma berkawan biasa dan selepas menemui keserasian, barulah kami mengambil keputusan untuk serius,” katanya.
Ana yang memiliki iras wajah pelakon Rita Rudaini pula berkata, sikap Riz yang pemurah dan peramah membuatkannya jatuh hati. Bukan itu saja, dia juga melihat lelaki yang mempunyai kelebihan dan pandai memasak sebagai individu yang cukup romantik.

“Jika ada kelapangan, Riz selalu masak makanan kegemaran saya termasuk menyediakan pencuci mulut kerana dia tahu saya sukakan ‘dessert’.

“Kami serasi kerana kami berkongsi minat yang sama. Kami suka memasak dan makan. Selain itu kami juga berkongsi hobi yang sama gemar ke gimnasium,” katanya kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Metro Skuad

Apa apa pon,Admi mengucapkan selamat berbahagia hingga ke berdirinya sebuah masjid.congratez

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

script>