Folo This Blog

Halaman

Isnin, 15 Ogos 2011

AirAsia Bakal Ambil Alih MAS?

Diberitakan, Syarikat Penerbangan Malaysia(MAS) akan menjual sahamnya kepada syarikat penerbangan kos tambang murah terbesar di Asia iaitu AirAsia,untuk membantu MAS daripada merudum ke tahap yang lebih buruk daripada sekarang.
Perjanjian untuk pembelian saham tersebut juga dikatakan akan dimeterai paling cepat hari ini yang bakal menyaksikan AirAsia memegang sebanyak 46.8 % saham di dalam MAS.Pembelian ini adalah disebabkan keperluan MAS untuk kembali merasionalisasi organisasi mereka dan menjadi sebuah syarikat penerbangan utama Malaysia kembali.
Ini bukanlah kali pertama MAS berhadapan dengan masalah.Dah banyak kali dah pun, dan dah berpuluh bilion dah duit khazanah a.k.a duit rakyat digunakan untuk menyelamatkan operasi syarikat MAS ini.AirAsia, yang dulunya hampir bankrup dan sejak diambil oleh oleh Tony Fernandez, “market capitalization” AirAsia adalah 2 kali ganda lebih daripada MAS iaitu RM 11 bilion, berbanding MAS RM 5 bilion.

Selepas Idris Jala,dipanggil Perdana Menteri ke kabinet, keuntungan yang dijana oleh MAS sepanjang Idris Jala menjadi CEO Mas, menjunam teruk dan mencatat kerugian RM 242.3 juta, berbanding untung RM 310.6 juta dalam tempoh yang sama semasa Idris Jala.
Nak kata melayu tak pandai berniaga,ada juga benarnya.Namun bukanlah semua.Ada banyak contoh anak melayu yang berjaya seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, yang berjaya menjadi usahawan yang dihormati.Pada pendapat kami, tindakan Khazanah untuk menjual saham kepada AirAsia,sebenarnya bukanlah satu langkah yang bijak dari segi persaingan.
Persaingan perlu ada untuk sesuatu perniagaan,lebih berdaya maju.Kalau Airasia dah menjadi antara pemegang saham terbesar MAS, bagaimana pula kesannya? Pada pendapat kami, kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada bagaimana sesebuah unit dalam sesuatu organisasi bekerjasama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

script>