Ini merupakan spyshot terkini Perodua Myvi Extreme, atau mungkin versi Myvi SE lagi best. Menariknya model ini menerima penambahbaikan cukup sporty di bahagian depan, apabila bumpernya direka semula berbanding spyshot yang pertama kali kita lihat dahulu. Kali ini terdapat bodykit depan berwarna hitam, menyerlahkan lagi warna kuning eksklusif yang sedia garang itu. Jika anda mahu memiliki Myvi lagi best, mungkin versi Extreme ini pilihan paling bijak.
Masih belum ada maklumat rasmi bila model terbaru Myvi berwarna kuning seperti gambar di atas akan dilancarkan, namun menurut sumber ianya sudah pun dihantar ke bilik pameran Perodua. Model ini dijangka menggunakan enjin lebih berkuasa 1.5 liter, namun harganya dijangkakan akan meningkat melebihi RM60k. Apa pun, maklumat lebih lanjut dan tepat akan diketahui apabila tiba hari pelancarannya nanti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan