Folo This Blog

Halaman

Jumaat, 2 September 2011

Keputusan Rayuan UPU lepasan STPM/Setaraf Pada 17 September 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera….
Perhatian kepada adik-adik yang membuat permohonan rayuan ke UPU bagi lepasan STPM dan Setaraf,kami mendapat maklumat bahawa keputusan rayuan akan diumumkan pada 17 September 2011 nanti.
Insya-Allah,jika tiada masalah keputusan boleh disemak di laman web UPU,http://upu.mohe.gov.my/ dan berita terkini mengenai berita pendidikan boleh diperolehi menerusi facebook Portal Pendidikan Malaysia

Honda dedah foto pertama Civic 2012

New Honda Civic 2012 Europe Honda dedah foto pertama Civic 2012
Menjelang penampilan sulong pertamanya di Frankfurt Motor Show 2011, sekeping gambar model Civic 2012 versi Eropah telah didedahkan terlebih awal. Civic terbaru itu menampilkan ciri lampu kombinasi yang memainkan peranan sebagai spoiler aerodinamik, melancarkan pengaliran udara di atas dan di bahagian tepi kereta. Generasi ke sembilan Civic hathcback ini juga menawarkan rekabentuk menarik yang digabungkan bersama keluasan ruang interior untuk penumpang dan barangan, diiktiraf sebagai peneraju di dalam kelasnya.
p/s : Boleh tahan rekaan bahagian belakang Civic hatchback terbaru kali ini, dijangkakan rekaan keseluruhannya juga lebih menarik berbanding model terdahulu. Selepas ini kita boleh nantikan pula kemunculan Civic terbaru versi Type R.

Khamis, 1 September 2011

Kad kawin Nabil dan Nazirah-gambar kartun mat dispatch

Menurut Nabil majlis perkahwinannya nanti dirancang dalam suasana penuh kesederhanaan berkonsepkan wonderland. Ini kerana perkahwinan berkonsepkan kartun wonderland lebih kepada keseronokan dan ceria. Jadi tidak mustahil kad jemputan perkahwinan Nabil dan Nazirah juga sangat berlainan dan menghiburkan


 

Kad kawin Nabil dan Nazirah

 

Terdedah kepada hormon berbahaya xenoestrogen punca orang muda hidapi penyakit orang tua


 Orang ramai yang terlalu banyak menggunakan bahan kimia dalam industri seperti plastik dan produk penjagaan peribadi tercemar mungkin terdedah kepada hormon berbahaya xenoestrogen.
Hormon itu diserap secara berterusan menerusi penggunaan kosmetik, plastik, petroleum dan bahan pencuci sehingga menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah kesihatan tanpa disedari.
Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan PrimaNora, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar mendedahkan, ia menjadi punca ramai orang muda yang berusia seawal 15 tahun terdedah kepada penyakit dan ketumbuhan yang biasanya dihidapi golongan dewasa.
“Sekarang ramai remaja yang menjadi pesakit saya sudah ada fibroid dalam perut, ketumbuhan di payu dara, gangguan hormon malah lelaki pula ada masalah kesuburan,” jelasnya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Beliau yang juga pakar obstetrik dan ginekologi menambah, jika penggunaan bahan-bahan itu tidak diawasi dan dikurangkan ia menyebabkan xenoestrogen semakin berleluasa dalam badan dan mendorong kepada berlakunya masalah hormon tidak seimbang.

Kad RaYa Dari sultan




script>