Folo This Blog

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Info Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Semasa. Papar semua catatan

Khamis, 3 November 2011

restoren taman permainan di ROMANIA

COOL giler..
Phill ialah sebuah restoran yang mempunya konsep yang winning. Ianya sebuah restoran taman permainan. What is a playground restaurant you ask? Restoran yang mempunyai taman permainanlah what else? Selama ini restoran yang ada taman permainan hanyalah restoran makanan segera. Tuan punya Phill merasakan budak-budak tak sepatutnya makan makanan segera kerana ianya tidak elok untuk kesihatan mereka. Maka dia pun membuka restoran Phill, restoran yang menyediakan makanan yang sihat dan mempunyai taman permainan seperti McD dan KFC. Brilliant!

Restoran ini mempunyai dua tingkat dengan tingkat bawah khas untuk kawasan permainan. Ianya dihiasi dengan perabot warna ceria dan patung gajah yang comel. Pihak pengurusan Phill bercadang membuka beberapa lagi restoran sebegini di Romanisa sekiranya ianya mendapat sambutan. Personally dekat Malaysia pun patut ada pasal let's be honest even you guys agree McD and KFC is not healthy for you.



Jumaat, 23 September 2011

video:ketam sujud ketika azan dilaungkan

Menakjubkan apabila seekor ketam sujud ketika azan dilaungkan berjaya dirakam. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua kerana haiwan yang sekecil ini pon tak lupa untuk tunduk dan patuh kepada-Nya

Isnin, 12 September 2011

pembohongan yg biasa kte dgr



1. On the way
A: Kau ada kat mana sekarang, dah sampai belum?
B: On the way bro..

2. Dah baca terma & syarat?
A: Do you agree to The Terms Of Service? (online form)
B: *Yes*

3. Gemuk tak?
A: Saya nampak gemuk tak kalau pakai baju nih?
B: Tak pun, saya tengok okey je..

4. Simpan rahsia
A: Kalau aku bagitau, kau jangan cakap kat orang lain pulak.
B: Okey.. Gua tau la macam mana nak zip mulut gua ni.
5. Sayang
A: Saya sayang awak sangat².
B: Saya pun sayang awak.. ♥ *jari duk sibuk sms laki/pompuan lain*

6. Tak jawab panggilan
A: Kenapa saya call semalam, awak tak angkat?
B: Handphone saya dalam silent mode la..

7. Tak bawa buku teks
A: Kamu dah siapkan homework yang cikgu bagi?
B: Dah siap cikgu tapi tertinggal kat rumah la.

8. Marah ke?
A: Awak marahkan saya ke?
B: Ehh takdelah, kenapa awak cakap macam tu?

9. Siapa perempuan tu?
A: Siapa perempuan yang makan dengan awak tadi?
B: Ohh.. Dia sepupu saya.

10. Datang lewat
A: Kenapa datang kerja lewat sangat ni?
B: Sorry sangat² bos, jalan jem tadi..

Selasa, 6 September 2011

Gempar.bAKAL menantu R0smah ank saudara bekas komunis

SEBELUM ini telah didedahkan di satu laporan berita dari Portal Berita Kazakhstan tentang kes kehilangan Edgar Salduzi, 34 seorang ahli perniagaan terkenal negara tersebut, selepas bertengkar dengan bakal besan Rosmah Mansor (ipar kepada Presiden Kazakhstan)[Bakal besan Rosmah].

Dalam kehangatan media propaganda Umno, Utusan dan TV3 Al-Musyrikin menyerang timbalan presiden PAS, Mohammad Sabu dan cuba mengaitkan beliau dengan komunis, satu fakta cuba ditutup dari pengetahuan rakyat.

Rakyat Malaysia dialihkan dari fakta bahawa Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak dan Rosmah bakal membina pertalian keluarga dengan pemimpin komunis.

Sudah diketahui umum bahawa bakal menantu mereka Daniyar Nazarbayev, merupakan anak saudara Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev. Daniyar Nazarbayev merupakan anak Bolat Nazarbayev adik beradik Presiden Kazakhstan [The Star].



Siapakah Nursultan Nazarbayev ini?
Sila gunakan khidmat Google untuk membaca sendiri biografi pemimpin komunis ini. Kazakhstanlive mendedahkan bahawa Nursultan Nazarbayev merupakan Setiausaha pertama Parti Komunis Kazakhstan [KazakhstanLive].



hmm. xtahu la.duk sana sini mat sabu diserang pulak tuduhan komunis.pening2 diwatnya.which one rite??..anda la pandai sendiri menilainya.

Jumaat, 2 September 2011

JURUKAMERA BERNAMA TV DITEMBAK MATI DI SOMALIA


Ibu Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor (gambar keci) ditenangkan sebaik sahaja mengetahui berita yang menimpa anaknya di Somalia

Assalamualaikum readers dan salam merdeka raya....satu berita yang amat menyedihkan di bulan syawal ini...seorang jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor yang membuat liputan di Somalia, meninggal dunia kerana terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelb Putera Umno dan Bakti di Mogadishu, Somalia. Bersama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat....
insyaAllah...

 

800,000 peminjam PTPTN bertukar kepada sistem ujrah


logo ptptn


PASIR PUTEH 2 Sept – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasarkan 800,000 peminjam akan menukar kaedah pinjaman mereka daripada sistem konvensional kepada sistem pinjaman Islam atau ujrah pada tahun ini.

Pengurus Kanan Pelaburan PTPTN, Tuan Din Tuan Mat berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada 1.8 juta individu yang mendapat pinjaman selepas tahun 2008.

PTPTN dalam proses untuk menawarkan pertukaran pinjaman (tiga peratus) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (satu peratus) secara berperingkat-peringkat.

Beliau berkata, tarikh akhir untuk menukar kaedah pinjaman ialah sebelum 30 September ini.

Karnival Kerjaya,18,19 september 20111 di PWTC

Karnival Kerjaya Anjuran Kementerian Sumber Manusia
Tarikh: 17 & 18 September 2011 (Tun Razak Hall 4, Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur)

Keputusan Rayuan UPU lepasan STPM/Setaraf Pada 17 September 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera….
Perhatian kepada adik-adik yang membuat permohonan rayuan ke UPU bagi lepasan STPM dan Setaraf,kami mendapat maklumat bahawa keputusan rayuan akan diumumkan pada 17 September 2011 nanti.
Insya-Allah,jika tiada masalah keputusan boleh disemak di laman web UPU,http://upu.mohe.gov.my/ dan berita terkini mengenai berita pendidikan boleh diperolehi menerusi facebook Portal Pendidikan Malaysia

Khamis, 1 September 2011

Terdedah kepada hormon berbahaya xenoestrogen punca orang muda hidapi penyakit orang tua


 Orang ramai yang terlalu banyak menggunakan bahan kimia dalam industri seperti plastik dan produk penjagaan peribadi tercemar mungkin terdedah kepada hormon berbahaya xenoestrogen.
Hormon itu diserap secara berterusan menerusi penggunaan kosmetik, plastik, petroleum dan bahan pencuci sehingga menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah kesihatan tanpa disedari.
Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan PrimaNora, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar mendedahkan, ia menjadi punca ramai orang muda yang berusia seawal 15 tahun terdedah kepada penyakit dan ketumbuhan yang biasanya dihidapi golongan dewasa.
“Sekarang ramai remaja yang menjadi pesakit saya sudah ada fibroid dalam perut, ketumbuhan di payu dara, gangguan hormon malah lelaki pula ada masalah kesuburan,” jelasnya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Beliau yang juga pakar obstetrik dan ginekologi menambah, jika penggunaan bahan-bahan itu tidak diawasi dan dikurangkan ia menyebabkan xenoestrogen semakin berleluasa dalam badan dan mendorong kepada berlakunya masalah hormon tidak seimbang.

Kad RaYa Dari sultan




Rabu, 31 Ogos 2011

Info : Bahaya Duduk di Atas Wallet

Kebanyakan lelaki memang suka duduk dengan dompet berada di poket belakang. Mungkin ada jugak segelintir kaum wanita pun buat macam ni. Tapi korang mesti tak sedar yang duduk di atas dompet ini adalah bahaya untuk kesihatan korang. Nak tau kenapa?? Baca ni..
  • Dompet/wallet anda boleh menyebabkan sakit yang teramat sangat pada belakang dan punggung anda dan ia juga membawa sakit sampai ke kaki
  • Duduk di atas dompet/wallet selama berjam-jam lamanya setiap hari boleh memampatkan saraf sciatic yang mengalir di bawahnya beberapa otot piriformis dan membawa kepada sindrom piriformis, sakit pinggang & sciatica.
  • Dompet/wallet bertindak sebagai baji yang memaksa pelvis, tulang belakang dan tubuh lari daripada alignmentnya.
  • Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet/wallet anda.
  • Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet/wallet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit sciatica atau belakang.

Jadi untuk mengelakkan masalah ni daripada berlaku, korang letak la wallet tu kat poket depan..walaupun tak selesa, tapi at least korang tak duduk atas wallet. Atau korang boleh keluarkan wallet tu before korang duduk..tapi make sure letak wallet tu kat tempat yang selamat..

Foto Eksklusif!! Shalat Idul Fitri di Russia, Jalan Moscow Dipenuhi Ratusan Ribu Umat




 

Presiden Russia Dmitry Medvedev dan Perdana Menteri Putin mengucapkan selamat kepada umat Islam di Russia yang berjumlah 20 juta orang. Berjuta-juta muslim Russia bersama umat Islam di seluruh dunia ikut merayakan berakhirnya bulan suci Ramadhan dan datangnya Idul Fitri.

Dalam ucapan selamat yang disampaikan Presiden Dmitry Medvedev kepada Ketua Dewan Mufti se-Russia Sheikh Ravil Gainutdin antara lain dikatakan, “Saya mengucapkan selamat Uraza Bairam (Idul Fitri) yang merupakan salah satu Hari Raya terpenting bagi orang Islam.” Bulan Ramdahan adalah bulan pembersihan rohani, penciptaan dan pelaksanaan perbuatan yang baik diakhiri dengan perayaan Idul Fitri yang gembira dan lama ditunggu oleh penganut Islam di seluruh dunia.

Nilai-nilai ini, tulis Presiden Medvedev, melambangkan cinta damai dan humanisme dan semangat saling membantu dan saling memahami antara sesama manusia dan memperkuat konsensus antara bangsa dalam masyarakat Russia. Medvedev menambahkan juga, bahawa umat Islam di Rusia berperanan besar dalam memperkukuh persatuan Federasi Russia.

Dalam ucapan selamatnya Perdana Menteri Putin menyampaikan penghormatan yang tinggi pada kaum ulama Russia yang dengan tegas menentang berbagai usaha kaum ekstrim untuk memutarbalikkan nilai-nilai Islam, menanam bibit permusuhan dan sikap non-toleransi. “Dewasa ini kami menyaksikan kehidupan bebas kaum muslimin di Russia. Terus didirikan masjid-masjid, dibangun universiti dan madarsah (madrasah), dilaksanakan reformasi pendidikan Islam, disempurnakan organisasi penyelenggara haji. Kegiatan aman sentosa ini di segala bidang mendapat dukungan seluruh masyarakat,” ujar Putin.

Ucapan selamat kepada muslimin Russia juga datang dari walikota Moskow Sergey Sobyanin serta pimpinan Tatarstan dan subjek-subjek Federasi Rusia lainnya. Peringatan Idul Fitri diadakan di empat masjid di Moskow. Diperkirakan lebih dari 50 ribu orang ikut dalam shalat Idul Fitri di Masjid Agung Russia di pusat ibukota.

Masjid Agung ini sedang direnovasi dan tidak boleh menampung semua jamaah shalat sehingga akhirnya mereka terpaksa bersembahyang di jalan-jalan di sekitarnya Peringatan Idul Fitri di Moscow disiarkan oleh TV Russia ke seluruh pelosok Rusia dan semua negeri Commonwealth of Independent States (CIS).

Harian Moscow Rossisakaya Gazeta muncul dalam artikel dan foto bertuliskan Perayaan Idul Fitri, mencatat bahawa di Moskow peringatan diadakan di empat masjid dan di suatu pusat budaya di Sokolniki yang dihadiri 90 ribu orang. Harian ini mengingatkan bahawa Uraza Bairam atau Idul Fitri adalah salah satu hari pokok dalam kalendar Islam yang melambangkan selesainya ibadah puasa yang berlangsung selama Ramadhan.

Justru pada bulan ini, menurut sejarah Islam, Allah SWT menurunkan Al Quran kepada Nabi Muhammmad SAW untuk pertama kali. Perayaan ini tulis harian itu berlangsung tiga hari, dimana kaum muslimin membuat masakan tradisionil, menggelar meja perayaan, mengundang tetangga, kaum kerabat dan teman serta bergembira ria. Harian itu juga menambahkan, bahawa pada hari-hari perayaan diberikan derma kepada orang miskin. Mereka juga saling meminta maaf satu sama lainnya.

Umat Muslim mengucapkan selamat dengan mengucapkan kata-kata “Id Mubarak” atau selamat berhari raya. Juga diingatkan bahawa Idul Fitri mulai diperingati sejak tahun 624 M. Sementara dalam khutbahnya Mufti Ravil Gainutdin antara lain mengatakan bahawa umat Islam Russia yang ikut dalam shalat Idul Fitri merasa menjadi lebih bersih dan disinari cahaya. Dan memang setiap orang Islam memiliki nur iman atau cahaya kepercayaan. Dan orang yang percaya dapat mengenal kebenaran.

Sedangkan kebenaran membuka hati dan nalurinya. Dia mengingatkan bahawa Islam manganjurkan setiap manusia bertindak adil. “Doa kita ini hari agar berakhirllah pertumpahan darah, dan ledakan (bom) dan kematian manusia di berbagai negeri,” demikian Mufti Gainutdin. (Sumber)

Tip Cinta Bagaimana ingin mengetahui seseorang lelaki serius dengan percintaanya

Assalamualaikum wbt
kenny akan berkongsikan tips-tips cinta..oh ya, tips ini bukan dari meaw..tetapi salah seorang pakar motivasi cinta iaitu zairi faiezil yang sudi bekerjasama dengan kenny..tanpa bercakap panjang lagi, kenny berharap artikel ini dijadikan panduan bagi anda yang sedang bercinta atau ingin pelajari lagi erti cinta sebenar..ini adalah artikel yang pertama sekali dikongsikan..
 
Beruntung kepada sesiapa yang dapat memiliki atau menawan hati lelaki yang begitu serius dalam hubungan cintanya kerana dalam 1001 lelaki hanya seorang sahaja yang boleh kita percayai. Mana tidaknya lelaki tidak tetap akan pendirianya tentang cinta, pantang melihat dahi licin wanita di depanya mulalah hati dan perasaan membuak-buak untuk memikat sedangkan teman wanitanya ada bersebelahan denganya.
Tetapi sayang ada juga berlaku disebaliknya dimana teman lelakinya sememangnya serius dengan cintanya sampai pasanganya tidak tahu akan perwatakan yang ditonjolkan. Ada juga yang terjadi dimana pasanganya seolah-olah seperti bosan akan tindak tanduknya, maklumlah terlalu romantik katakan J
Saya berkata demikian kerana pernah berlaku pada sahabat saya sendiri dimana teman wanitanya tidak menghargai segala pergorbanan serta kasih sayang yang dicurahkanya itu, kata pasanganya, dia hanya berlakon semata-mata sahaja untuk menjaga hati dan perasaan. Pelik jugakan ada juga wanita yang berperangai begitu, kalau lelaki tak ambil berat dikatanya lelaki itu jahatlah, tak bertanggungjawablah dan pelbagai alasan lagi diberikan.
Sebenarnya berlaku perkara ini disebabkan wanita masih tidak tahu apakah tanda-tanda lelaki berkelakuan begini untuk pengetahuan anda (wanita) lelaki amat jarang menunjukkan kasih sayangnya secara “direct” tetapi dilakukanya tanpa anda sedari.
Oleh itu saya akan kongsikan kepada anda 4 Tip Cinta Bagaimana ingin mengetahui seseorang lelaki serius dengan percintaanya
  • Sentiasa menghiburkan hati anda – Pernah tak anda merasainya? Ya lelaki jarang sekali menghiburkan hati seorang wanita apabila dalam kesusahan atau kesedihan. Selalunya sikap lelaki hanya pandang atau diam sahaja apabila temannya mengalami situasi ini.
  • Tidak suka wanita berpakaian menjolokan mata – Ini baginya cukup penting kerana dia tidak mahu temannya dikacau,diganggu atau diperkata dibelakangnya. Hati dan perasaan risau kalau temannya akan beralih arah kepada orang lain.
  • Mudah terasa dan cemburu – Lelaki yang serius dengan cintanya akan cepat terasa atau cemburu (yang tidak melampaui batas ) pada temannya bila tidak mengendahkan segala pergorbanan yang diberikan serta temannya sentiasa melebihkan rakan-rakanya daripadanya.
  • Mudah menitiskan air mata – Anda pernah melihat lelaki menitiskan air mata secara live didepan anda? Jika lelaki mudah menitiskan air mata demi cintanya, jelas menunjukan dia sebenarnya begitu sayang akan hubungan itu dan hendaklah anda menjaganya dengan sebaik mungkin kerana amat jarang lelaki menitiskan air mata disebabkan cinta.

Semoga dengan perkongsian yang tidak sehebat mana ini jika dibandingkan dengan pengetahuan yang dimiliki Allah s.w.t seluas lautan biru tetapi cukup sekadar berkongsikan ilmu untuk memartabatkan cinta berlandaskan islam dimata lelaki dan wanita

SELAMAT HARI RAYA


entry kali ni,sy nk ucapkan slamat ari raya kepada seluruh muslimin dan muslimat. makanlah ketupat sebelum sepuas2nya dan jgn lupa ikuti blog saya dari masa ke semasa.

Khamis, 25 Ogos 2011

kuih raya dari cina diragui

Assalamualaikum..
Ini untuk peringatan bagi orang-orang Muslim. Siapa yang dah baca Berita Harian mesti tahu hal ini. Sempena nak menyambut Aidilfitri ni ramai peniaga yang mencari rezeki dan ade pula mengambil kesempatan keatas kita. Lihat dibawah :

Rabu, 24 Ogos 2011

watch update kipas tanpa bilah

Mengira Kapasiti Penghawa Dingin Split Unit

Terdapat beberapa versi pengiraan yang biasa digunakan. Pengiraan2 ini memberikan keputusan yang lebih kurang sama.

Kapasiti penghawa dingin jenis split unit biasanya adalah dalam unit HP (House Power) dan kapasiti yang terdapat di pasaran adalah 1HP, 1.5HP, 2HP, 2.5HP dan 3HP.

VERSI 1
Pengiraan versi ini dibuat dengan mengganggap bilik tersebut diduduki oleh 2 orang, ketinggian siling 3 meter, tingkap yang tidak berlangsir dan peralatan elektrik (termasuk lampu) tidak melebihi 100W.

di mana
Contoh:
Sebuah bilik berukuran 16' x 20'. Maka pengiraan kapasiti penghawa dingin adalah;

 Maka kapasiti penghawa dingin yang sesuai ialah 2.5HP


VERSI 2
Pengiraan versi ini dibuat dengan mengganggap bilik tersebut mempunyai tingkap yang tidak berlangsir dan peralatan elektrik (termasuk lampu) tidak melebihi 100W.
 di mana

Contoh:
Sebuah bilik berukuran 16' x 20' dengan ketinggian 9.8 kaki (3 meter) dan diduduki oleh 2 orang.
Maka kapasiti penghawa dingin yang sesuai ialah 2.5HP

Berapakah kos bil elektrik anda ?
Sekiranya penghawa dingin anda berkuasa 2.5 HP, digunakan selama 5 jam setiap hari, maka kos bil elektrik anda (kos maksimum) untuk penghawa dingin dalam sebulan ialah
 Nota:
1HP = 0.746 kiloWatt

Kipas Tanpa Bilah

Dyson Air Multiplier adalah kipas tanpa bilah. Kipas ini mampu menggandakan aliran udara 15 kali lebih kuat daripada aliran udara biasa.

Dyson Air Multiplie juga mudah untuk dibersihkan dan tidah berbahaya kerana tiada bilah kipas yang bergerak. Teknologi Dyson Air Multiplier ini diinspirasikan dari teknologi pengecas turbo (untuk enjin kereta) dan teknologi enjin jet untuk menjana aliran udara yang bertenaga
 
 

Maklumat Pada Tayar Kereta


Cuba lihat pada tayar kereta anda, anda pasti akan menemui susunan nombor dan huruf seperti gambarajah di atas ini. Ia memberitahu tahu tentang ciri-ciri tayar kenderaan anda. Berikut adalah keterangan susunan nombor dan huruf tersebut:
  1. Lebar tayar, W, dalam unit mm
  2. Nisbah aspek,dalam unit % = (W/H)x100. Tinggi tayar, H boleh dikira menggunakan rumus ini.
  3. Tayar dibuat dalam bentuk bulat
  4. Diameter rim dalam unit inci
  5. Index beban - Kapasiti beban yang boleh ditampung oleh tayar. Rujuk jadual di bawah
  6. Kadar kelajuan - Kelajuan maksimum yang boleh tampung oleh tayar. Rujuk jadual di bawah

 

sistem pendawaian d umah

Gambar di atas menunjukkan kotak agihan (Distribution Board - DB) sistem bekalan elektrik 1 fasa. Ia biasanya terdapat di rumah2 teres, rumah Semi-D dan rumah2 di kampung.

Suis utama
Berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik di dalam rumah. Ada rumah yang menggunakan fius menggantikan suis utama.

RCD (Residual Current Device)
Kadangkala dikenali sebagai RCCB (Residual Current Circuit Breaker) atau ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker). Alat ini merupakan alat paling penting kerana ia melindungi anda dari renjatan elektrik dan peralatan elektrik dari voltan tinggi akibat kilat.

Kapasiti RCD yang sering digunakan adalah 40A dan 63A yang mempunyai kepekaan 100mA atau 300mA.

MCB (Miniature Circuit Breaker)
Disambung kepada pendawaian soket plug dan pendawaian lampu/kipas. Ia berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik sekiranya arus elektrik yang tinggi melebihi kapasiti MCB.

Arus tinggi berlaku disebabkan berlaku litar pintas antara wayar live dan wayar neutral ataupun penggunaan peralatan elektrik yang terlalu banyak.

Kapasiti MCB yang selalu digunakan adalah
  • 6A (untuk pendawaian lampu/kipas)
  • 20A (untuk pendawaian soket plug)
  • 32A  (untuk pendawaian soket plug)
script>