Folo This Blog

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Automotive. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Automotive. Papar semua catatan

Selasa, 13 September 2011

honda CIVIC 2012

Honda Civic Europe 2012 5 Honda dedah foto eksklusif pertama Civic 2012 baharu versi Eropah

Honda Civic Europe 2012 2 Honda dedah foto eksklusif pertama Civic 2012 baharu versi Eropah

Honda telah mendedahkan foto-foto eksklusif pertama model Civic 2012 versi pasaran Eropah yang menampilkan reka bentuk baharu lebih dinamik dan sporty, termasuk perincian interior lebih berkualiti. Antara bahagian yang paling menarik perhatian sudah tentu muka depannya yang direka agak agresif namun kekal mempunyai karakter tersendiri, begitu juga rekaan bahagian lampu kombinasi belakang, sporty dan radikal

Rekaan keseluruhan komponen badan Civic baharu ini memberi lebih fokus kepada pemanduan dan pengawalan, pengurangan emisi CO2, rekaan luaran dan dalaman berkualiti, ruang kabin luas termasuk ruang bagasi, serta tidak dilupakan ciri penting praktikaliti. Honda Civic 2012 baharu ditawarkan sebagai model hatchback lima pintu dan akan menjengah pasaran di Eropah pada awal 2012. Sebelum itu ia akan membuat penampilan istimewa di Frankfurt Motor Show 2011 yang telah pun bermula hari ini.
Apa yang kurang pada model Civic 2012 baharu ini hanya satu, ianya kekal dibangunkan khusus untuk pasaran Eropah seperti model sebelumnya, bermakna peminat Civic di pasaran lain termasuk Malaysia hanya mampu menyimpan angan-angan untuk memilikinya. Tetapi jika anda mampu berbelanja besar, anda mungkin boleh mengharapkan model tersebut dibawa masuk oleh pengimport ‘kelabu’ melalui lesen AP.

Honda Civic Europe 2012 4 Honda dedah foto eksklusif pertama Civic 2012 baharu versi Eropah


Jumaat, 2 September 2011

pameran volkswagen show at stadium bukit jalil 10,11 sep 2011

kepada peminat2 volks,jgn lupa mai di stadium bukit jalil ni 10,11 september 2011,disamping memenangi beberapa hadiah.tq

Nissan Livina X-Gear akan dilancarkan – 5 tempat duduk, harga RM82k++

Nissan Livina X Gear 3 Nissan Livina X Gear akan dilancarkan   5 tempat duduk, harga RM82k++
2 September 2011 – Selain MPV Nissan Grand Livina, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Sdn Bhd bakal melancarkan varian terbaru Livina, tetapi kali ini bukan lagi sebuah MPV, sebaliknya sebuah..saya sendiri kurang pasti apa kategori model terbaru itu yang dikenali sebagai Nissan Livina X-Gear. Menurut sumber yang saya perolehi sebentar tadi, Nissan Livina X-Gear bakal dilancarkan dalam tempoh dua atau tiga hari lagi, dan ditawarkan pada harga sekitar RM82k, lebih murah berbanding MPV Nissan Grand Livina.

Nissan Livina X Gear 20 Nissan Livina X Gear akan dilancarkan   5 tempat duduk, harga RM82k++
Livina X-Gear memiliki enjin 1.6 liter dan mempunyai 5 tempat duduk, bukan lagi 7 seperti abangnya, oleh itu ruang bagasi di bahagian belakang sangat luas. Namun saiz panjang model terbaru ini sedikit kurang berbanding MPV Grand Livina, dan rekaan bahagian belakangnya agak berlainan. Saya sempat melihat Livina X-Gear dari dekat sebentar tadi dan merakamkan beberapa keping gambar untuk tatapan semua pembaca Arena Kereta. Kalau diikutkan Livina X-Gear sudah berada di pasaran luar negara seperti di Indonesia dan China, kini gilirannya pula memasuki pasaran Malaysia.

Nissan Livina X Gear 16 Nissan Livina X Gear akan dilancarkan   5 tempat duduk, harga RM82k++



Saya masih menantikan press release rasmi dari Nissan Malaysia sebelum mengulas lebih lanjut berkenaan model ini. Memandangkan MPV Nissan Grand Livina sudah serba lengkap, apa pula alasan saya untuk membeli Livina X-Gear jika diberi pilihan nanti? Lagi pun perbezaan harga antara MPV Grand Livina 1.6 liter manual dan auto cuma sekitar RM4k sehingga RM7k sahaja berbanding harga Livina X-Gear, lainlah kalau harganya di bawah RM80k. Apa pun kita nantikan maklumat lebih lengkap selepas pelancaran nanti, sebelum itu saksikan dahulu galeri Nissan Livina X-Gear.

 thumbs nissan livina x gear 7 Nissan Livina X Gear akan dilancarkan   5 tempat duduk, harga RM82k++

Honda dedah foto pertama Civic 2012

New Honda Civic 2012 Europe Honda dedah foto pertama Civic 2012
Menjelang penampilan sulong pertamanya di Frankfurt Motor Show 2011, sekeping gambar model Civic 2012 versi Eropah telah didedahkan terlebih awal. Civic terbaru itu menampilkan ciri lampu kombinasi yang memainkan peranan sebagai spoiler aerodinamik, melancarkan pengaliran udara di atas dan di bahagian tepi kereta. Generasi ke sembilan Civic hathcback ini juga menawarkan rekabentuk menarik yang digabungkan bersama keluasan ruang interior untuk penumpang dan barangan, diiktiraf sebagai peneraju di dalam kelasnya.
p/s : Boleh tahan rekaan bahagian belakang Civic hatchback terbaru kali ini, dijangkakan rekaan keseluruhannya juga lebih menarik berbanding model terdahulu. Selepas ini kita boleh nantikan pula kemunculan Civic terbaru versi Type R.

Rabu, 31 Ogos 2011

Spyshot Perodua Myvi Extreme, bakal dilancarkan dalam masa terdekat

Perodua Myvi Extreme1 Spyshot Perodua Myvi Extreme, bakal dilancarkan dalam masa terdekat
Ini merupakan spyshot terkini Perodua Myvi Extreme, atau mungkin versi Myvi SE lagi best. Menariknya model ini menerima penambahbaikan cukup sporty di bahagian depan, apabila bumpernya direka semula berbanding spyshot yang pertama kali kita lihat dahulu. Kali ini terdapat bodykit depan berwarna hitam, menyerlahkan lagi warna kuning eksklusif yang sedia garang itu. Jika anda mahu memiliki Myvi lagi best, mungkin versi Extreme ini pilihan paling bijak.
Masih belum ada maklumat rasmi bila model terbaru Myvi berwarna kuning seperti gambar di atas akan dilancarkan, namun menurut sumber ianya sudah pun dihantar ke bilik pameran Perodua. Model ini dijangka menggunakan enjin lebih berkuasa 1.5 liter, namun harganya dijangkakan akan meningkat melebihi RM60k. Apa pun, maklumat lebih lanjut dan tepat akan diketahui apabila tiba hari pelancarannya nanti

Rabu, 24 Ogos 2011

Toyota Camry 2012 generasi ketujuh diperkenalkan secara rasmi

Toyota Camry SE 2012 4 Toyota Camry 2012 generasi ketujuh diperkenalkan secara rasmi
Salah satu antara model terbaru yang paling dinanti-nantikan tahun ini sudah tentu sedan eksekutif Toyota Camry 2012. Generasi ketujuh Camry itu telah diperkenalkan di pasaran Amerika Utara kelmarin. Hadir dengan rekaan terbaru di segenap bahagian dalaman dan luaran, Toyota Camry 2012 didatangkan dalam enam varian untuk dipilih. Antaranya ialah varian permulaan L, LE, XLE dan gred sporty SE. Varian XLE dan SE boleh didapati dengan enjin empat silinder atau V6. Versi hibrid pula tersedia varian LE dan XLE.
Untuk pasaran Malaysia yang akan dilancarkan tidak lama lagi, dijangkakan akan terdapat perbezaan ketara dari segi rekaan muka depan dan belakang berbanding model untuk pasaran Amerika Utara. Dibawah berikut ialah petikan daripada siaran akhbar Toyota USA;
Toyota Introduces Seventh-Generation Camry for 2012
TORRANCE, Calif. – Toyota introduced today the all-new, seventh-generation Camry, America’s best-selling car for nine years running and 13 of the past 14 years. The 2012 Camry debuts a bold, sophisticated new design with a more spacious interior, improved driving dynamics and an even quieter ride than before.  With class leading safety, fuel economy and multi-media technology added in, the end result is the best Camry ever made.
Introduced in 1983, the Toyota Camry would later establish the template for the modern midsize sedan, setting benchmarks for Quality, Dependability and Reliability, along with a comfortable, quiet ride. Since that time, Toyota has sold more than 15 million Camry models worldwide.
Toyota Camry SE 2012 5 Toyota Camry 2012 generasi ketujuh diperkenalkan secara rasmi
Toyota Camry SE 2012 7 Toyota Camry 2012 generasi ketujuh diperkenalkan secara rasmi

Rabu, 17 Ogos 2011

Kerajaan Memenuhi hasrat Peminat Kereta Mewah 2015




 
Kerajaan Memenuhi hasrat Peminat Kereta Mewah 2015??....yabedabedu seronok la kepada peminat2 kereta  mewah kerana mungkin pada tahun 2015 mereka mampu untuk memiliki kereta mewah. Hmm,tiada alasan untuk org yg kurang berkemampuan ingin memiliki kereta mewah.Di bawah kenyataan 1 of the org kuat NAZA, Datuk SM Zulkifli SM Amin.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan akan memansuhkan sepenuhnya sistem AP terbuka pengimportan kenderaan terpakai sama ada komersial, penumpang dan motosikal mulai 31 Disember 2015, manakala AP francais pada 31 Disember 2020.
Ketua pegawai eksekutifnya, Datuk SM Zulkifli SM Amin, berkata ia akan membuka pasaran dan seterusnya membolehkan lebih banyak kereta dibawa masuk ke negara ini tanpa sekatan.

"Ini juga membolehkan segmen ini memberikan sumbangan besar ke arah pembinaan negara," katanya selepas prebiu model empat tempat duduk pertama Ferrari, Ferrari FF, di Petaling Jaya .
Namun demikian, katanya, membawa masuk lebih banyak kereta tidak menjamin jualan yang lebih tinggi kerana cukai yang tinggi yang dikenakan oleh kerajaan pada masa ini akan membebankan bakal pembeli.

"Banyak pembeli kini memilih untuk membeli kereta premium dari Singapura kerana cukai yang dikenakan di negara itu lebih rendah," katanya.
Membawa masuk banyak kereta tidak menjamin jualan lebih tinggi kerana cukai yang tinggi dan pengumuman kerajaan untuk menamatkan pelaksanaan sistem AP kenderaan terpakai pada Disember 2015 akan menyaksikan lebih banyak kereta dibawa masuk ke negara ini tanpa sekatan,” katanya selepas majlis pelancaran model terbaru Ferrari FF di Petaling Jaya, semalam

Admin menasihatkan pembaca2 yg ingin pakai kereta mewah ferrari ke,merds ke,simpan la duit dari sekarang and aim kereta pe nk pakai time 2015 nnt sbb AP jarang2 dimansuhkan oleh kerajaan. Peluang dtg sekali sahaja.Slamat menabung.


Isnin, 15 Ogos 2011

London-Ferrari limaousin

LONDON - Seorang pemilik Ferrari 360 di sini membelanjakan wang sebanyak AS$326,687 (RM987,084) untuk mengubahsuai kereta sport miliknya menjadi sebuah limousin, lapor sebuah akhbar semalam.
Proses mengubah suai kereta sport yang dibeli pada harga AS$81,678 (RM246,790) itu mengambil masa enam bulan dengan menggunakan alat ganti tulen Ferrari.
Ferrari 360 asal memiliki 400 kuasa kuda (bhp) dan mampu memecut 0-100 kilometer sejam dalam masa cuma empat saat. Namun, limousin tersebut tidak dapat mencapai kelajuan asalnya kerana beratnya sudah bertambah. - Agensi
hmm.macam2 kt dunia nie. Ada orang da ada ferrari modify lagi.hmm,da cukup best da 2,wt apa la buat lg. Anyway,kalaw duit da terlampau banyak,fikir2 kan lah banyak benda ylaen yg bole dibuat...see soon.

Ferrari FF baru ,4 seat!

new entry today,boleh tgk Ferrari FF kt bawah. X SANGKA die keluar yg 4 seat punya,replacement for the Ferrari 612 Scaglietti.Memang sangat cantik  dan admin terpegun melihatnya. Rear memang laen dr yg laen,tp,depan still sama.HMM,sapa2 yg rasa berkemampuan,boleh tempah skrg kt NAZA showroom.
Sapa2 melihat mesti terpegun ngan rear view nie

seat belakangnya.ada anak 2 orang,leh bawak naek sekali,x macam dlu,2 seat je,anak2 terpaksa beriba atas seat driver.hehehe

seperti biasa seat pemandunya

Shape aerodinamik.wow

hmm,org kuat NAZA di malaysia.
Kepada yg berminat,bole datang tgk kt showromm..kuda2!.Mahal seperti harga seekor kuda breed

Menarik!Honda Insight dikurangkan cukai.Kini lebih Murah!

Honda Insight Tempoh menunggu Honda Insight kini kurang dari sebulan
Honda Malaysia telah mengumumkan tempoh menunggu penghantaran model hibrid Honda Insight kepada pelanggannya kini telah dipercepatkan iaitu kurang dari sebulan, menurut kenyataan yang dikeluarkan. Tempoh menunggu sebelum ini menjangkau dari dua hingga ke tiga bulan. Tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada April yang lalu telah memberi kesan terhadap bekalan dan pengeluaran kenderaan Honda, sehingga menjejaskan penghantaran model Insight yang diimport sepenuhnya ke pasaran Malaysia.
Honda CR Z front Tempoh menunggu Honda Insight kini kurang dari sebulan
Menurut Honda Malaysia, pengeluaran dari kilang Honda di Jepun telah pulih sepenuhnya dan urusan perniagaan kembali berjalan seperti biasa. Honda Insight yang dilancarkan sejak Disember tahun lepas telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat Malaysia. Berdasarkan statistik sejak enam bulan dari tarikh pelancarannya, Honda Malaysia telah berjaya menjual lebih 3,000 unit model itu. Ini menunjukkan minat rakyat Malaysia terhadap jentera dengan teknologi hibrid adalah tinggi, tambahan pula harga jualannya sebanyak RM99,800.00 kesan pengurangan cukai telah menjadikannya mampu bersaing dengan model lain di pasaran.

Proton kembali ke pasaran UAE bersama model Gen2 dan Persona

2012 Proton Gen 2 Proton kembali ke pasaran UAE bersama model Gen2 dan Persona
Menurut laporan terkini dari laman web Drive Arabia, Proton telah kembali memasuki pasaran United Arab Emirates (UAE), juga dikenali sebagai Emiriah Arab Bersatu, setelah gagal meninggalkan impak sedikit masa dulu. Berdasarkan foto-foto yang dipaparkan, barisan model Gen2 dan Persona telah tiba di pelabuhan Dubai, bakal di hantar kepada pengedar dalam masa terdekat.
Bagi pasaran Arab Saudi, Proton sememangnya sudah beberapa tahun bertapak di sana. Teruskan bacaan anda dan saksikan foto-foto Gen2 dan Persona di pelabuhan terkenal Dubai.
Proton Gen-2 already in UAE as 2012 model
Proton, Malaysia’s national carmaker, was first made available in the UAE more than a decade ago. Using Mitsubishi-derived designs and engines, the two models never made waves, quickly disappearing long before we were even out of college. Now, it looks like Proton is preparing a comeback with their Gen-2 model.
These pictures were sent in by reader Sree P. and taken by Pradeep B. at the shipping yard in Dubai. Proton is already available in Saudi Arabia, for many years now.
The Proton Gen-2 isn’t even close to being a new model though. It debuted way back in 2004, so it is already ancient by compact-segment standards. Available in sedan or hatchback form, the Gen-2 is powered by a 110 hp 1.6-litre engine, developed in-house, while the suspension tuning was done by Lotus, the British sportscar company that is owned by the Malaysians. A 95 hp 1.3-litre might also become available, all with 4-speed automatics.
The UAE dealer, which also handles Chevrolet, hasn’t made any official announcements yet, and pricing is still unknown, although we’d estimate a base price below Dhs 50,000 to keep it competitive.

Lotus Evora GTE Road Car Concept dan Lotus Exige Matte Black Final Edition.

Sepanjang minggu ini di mana berlangsungnya acara Pebble Beach Concours D’Elegance 2011, Lotus akan memperkenalkan dua buah model signifikan dengan beberapa perubahan ketara pada setiap satunya, Lotus Evora GTE Road Car Concept dan Lotus Exige Matte Black Final Edition.
image004 Pameran berganda Lotus semasa minggu Pebble Beach 2011
Penampilan pertama Lotus Evora GTE Road Car Concept
Lotus Evora GTE Road Car Concept baharu akan dipertontonkan kepada dunia buat pertama kali sewaktu pameran Lotus di McCall’s Motorworks Revival, 17 Ogos malam Rabu, di Monterey Jet Center.
Menurut Lotus, Evora GTE Concept dibina dengan satu tujuan utama, iaitu untuk bersaing dalam kategori sukan permotoran global terbaru GTE, yang mana turut termasuk perlumbaan terkenal Le Mans 24 Hours. Bagi meraikan penampilan sulong model itu, Lotus telah membina versi yang diinspirasikan daripada perlumbaan sebenar Evora GTE Road Car Concept.
Hasilnya ia memiliki kuasa lebih 420 bhp daripada enjin perlumbaannya, disalurkan melalui kotak gear perlumbaan sequential AMT, seterusnya dikemukakan ke permukaan litar melalui roda aloi ultra-ringan dengan hub kunci tengah dan disepadukan bersama tayar Pirelli P-Zero Corsa.
Lotus Evora GTE Road Car Concept kemudiannya akan dipamerkan di Pebble Beach pada Khamis, 18 Ogos sehingga 20 Ogos, sebelum dipindahkan ke bahagian pameran Concept Car Lawn sepanjang baki hujung minggu sewaktu berlangsungnya Concours.
image005 Pameran berganda Lotus semasa minggu Pebble Beach 2011
Penampilan eksklusif Exige Matte Black Final Edition di Amerika Utara
Bagi menandakan berakhirnya era pengeluaran model Exige pula, Lotus telah mengeluarkan rekaan khas Exige Matte Black Final Edition – eksklusif hanya untuk pasaran Amerika Utara. Model Exige merupakan sport car antara yang terkenal dan terhebat di dunia, dan ikon permotoran Final Edition ini turut membuat kemunculan pertama di Pebble Beach, mulai 18 Ogos sehingga 21 Ogos.
Dengan kuasa dinaiktaraf mencapai 257 bhp, warna eksklusif Matte Black, kusyen kulit sport Alcantara dan peralatan standard bertaraf tinggi, Exige Matte Black Final Edition akan menonjolkan sisinya yang cukup menarik. Hanya 25 buah model Exige ini akan dibina, setiap satunya dengan nombor plat berasingan, menjadikannya model koleksi serta-merta.

Terpegun Dgn Toyota Alphad/vellfire??

Sapa la x terpegun ngan kereta begini.Sangat selesa bila menaikinya.Kepada yg termampu,bole la menempahnya skrg.Kepada peminat2 alphad/vellfire boleh melihat gambar2 berikut. Mana la tahu bole mendapat idea utk modify sendiri.slamat menonton!






















script>