Folo This Blog

Halaman

Rabu, 31 Ogos 2011

[artis tempatan] Benjy Masuk ICU Kerana Diserang Penyakit Asma Kronik

hmm.sapa x kemai pelakon di atas benjy,baru2 beliau sekrang sedang terlantar di hospital.kita doakan agar beliau sembuh dgn sempurna.berikut kenyataan dari akhbar:
PUTRAJAYA: “Lemah”. Hanya itu perkataan yang keluar dari mulut pelakon, Khairil Benjamin Ibrahim, 33, atau lebih dikenali sebagai Benjy yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya, di sini, selepas diserang penyakit asma kronik. Benjy dimasukkan ke hospital berkenaan sejak tiga hari lalu kerana menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dihidungnya yang selama ini menyebabkan dia sukar bernafas.
tapi selepas pembedahan itu dia diserang asma teruk sehingga memerlukannya menggunakan alat bantuan pernafasan. Benjy kelihatan payah bercakap akibat kesukaran bernafas. keadaannya stabil, tetapi belum mengetahui bila dapat keluar dari wad berkenaan. Benjy berkata, sepanjang berada di hospital dia ditemani bapanya, Khairil Anuar Zainal Mukhtar.

Jamal Abdillah derma beras 1 trellar di seluruh Perak

IPOH – Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah, 52, menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam. Jamal kata, sumbangan 1,520 kampit beras bernilai RM20,000 itu bertujuan untuk membantu golongan terbabit menyambut Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi.


“Saya bersyukur menerima rahmat dan hidayah oleh Allah untuk menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini dan diberi anugerah (menyanyi) untuk memperoleh rezeki. Saya pulangkan semula sebahagian daripada rezeki itu kepada golongan memerlukan. Saya niat untuk sedekah pahalanya kepada roh arwah ayah dan ibu saya,” katanya.

Gadis tension gila kerana nyanyi suara tak sampai

 

Tip Cinta Bagaimana ingin mengetahui seseorang lelaki serius dengan percintaanya

Assalamualaikum wbt
kenny akan berkongsikan tips-tips cinta..oh ya, tips ini bukan dari meaw..tetapi salah seorang pakar motivasi cinta iaitu zairi faiezil yang sudi bekerjasama dengan kenny..tanpa bercakap panjang lagi, kenny berharap artikel ini dijadikan panduan bagi anda yang sedang bercinta atau ingin pelajari lagi erti cinta sebenar..ini adalah artikel yang pertama sekali dikongsikan..
 
Beruntung kepada sesiapa yang dapat memiliki atau menawan hati lelaki yang begitu serius dalam hubungan cintanya kerana dalam 1001 lelaki hanya seorang sahaja yang boleh kita percayai. Mana tidaknya lelaki tidak tetap akan pendirianya tentang cinta, pantang melihat dahi licin wanita di depanya mulalah hati dan perasaan membuak-buak untuk memikat sedangkan teman wanitanya ada bersebelahan denganya.
Tetapi sayang ada juga berlaku disebaliknya dimana teman lelakinya sememangnya serius dengan cintanya sampai pasanganya tidak tahu akan perwatakan yang ditonjolkan. Ada juga yang terjadi dimana pasanganya seolah-olah seperti bosan akan tindak tanduknya, maklumlah terlalu romantik katakan J
Saya berkata demikian kerana pernah berlaku pada sahabat saya sendiri dimana teman wanitanya tidak menghargai segala pergorbanan serta kasih sayang yang dicurahkanya itu, kata pasanganya, dia hanya berlakon semata-mata sahaja untuk menjaga hati dan perasaan. Pelik jugakan ada juga wanita yang berperangai begitu, kalau lelaki tak ambil berat dikatanya lelaki itu jahatlah, tak bertanggungjawablah dan pelbagai alasan lagi diberikan.
Sebenarnya berlaku perkara ini disebabkan wanita masih tidak tahu apakah tanda-tanda lelaki berkelakuan begini untuk pengetahuan anda (wanita) lelaki amat jarang menunjukkan kasih sayangnya secara “direct” tetapi dilakukanya tanpa anda sedari.
Oleh itu saya akan kongsikan kepada anda 4 Tip Cinta Bagaimana ingin mengetahui seseorang lelaki serius dengan percintaanya
  • Sentiasa menghiburkan hati anda – Pernah tak anda merasainya? Ya lelaki jarang sekali menghiburkan hati seorang wanita apabila dalam kesusahan atau kesedihan. Selalunya sikap lelaki hanya pandang atau diam sahaja apabila temannya mengalami situasi ini.
  • Tidak suka wanita berpakaian menjolokan mata – Ini baginya cukup penting kerana dia tidak mahu temannya dikacau,diganggu atau diperkata dibelakangnya. Hati dan perasaan risau kalau temannya akan beralih arah kepada orang lain.
  • Mudah terasa dan cemburu – Lelaki yang serius dengan cintanya akan cepat terasa atau cemburu (yang tidak melampaui batas ) pada temannya bila tidak mengendahkan segala pergorbanan yang diberikan serta temannya sentiasa melebihkan rakan-rakanya daripadanya.
  • Mudah menitiskan air mata – Anda pernah melihat lelaki menitiskan air mata secara live didepan anda? Jika lelaki mudah menitiskan air mata demi cintanya, jelas menunjukan dia sebenarnya begitu sayang akan hubungan itu dan hendaklah anda menjaganya dengan sebaik mungkin kerana amat jarang lelaki menitiskan air mata disebabkan cinta.

Semoga dengan perkongsian yang tidak sehebat mana ini jika dibandingkan dengan pengetahuan yang dimiliki Allah s.w.t seluas lautan biru tetapi cukup sekadar berkongsikan ilmu untuk memartabatkan cinta berlandaskan islam dimata lelaki dan wanita

SELAMAT HARI RAYA


entry kali ni,sy nk ucapkan slamat ari raya kepada seluruh muslimin dan muslimat. makanlah ketupat sebelum sepuas2nya dan jgn lupa ikuti blog saya dari masa ke semasa.
script>